Persediaan Yunani Pertempuran Thermopylae

Pertempuran Thermopylae merupakan kejadian utama dalam apa yang secara umumnya dikenali sebagai Perperangan Persia Kedua. Asal politiknya boleh dilihat dalam kejadian Perperangan Persia Pertama,[7] apabila bapa Xerxes, Raja Darius I dari Persia, atau Darius Agung, menjajah Yunani buat kali pertama tetapi dikalahkan oleh Athens dalam Pertempuran Marathon pada 490 BC. Sejurus sebelum pertempuran tersebut, Darius telah menghantar utusan (heralds) sekitar negara Yunani bagi menawarkan peluang bagi menyerah,[8] yang akan mengelakkan perperangan dan membolehkan mereka layak bagi pujian (blandishments) dari Raja. Sebagaimana kebiasaan, ini diwakili dengan menyerahkan "tanah dan air", bagi melambangkan taat setia mereka, yang akan disimpan dengan teliti oleh pihak birokrat Empayar Persia. Orang-orang Athen bertindak balas dengan melontar perwakilan tersebut ke dalam lubang, dan orang-orang Spartan pula melontar perwakilan yang lain ke dalam telaga, sambil mencadangkan mereka sendiri mengalinya.[9]

Disebabkan itu, apabila Xerxes menghantar perwakilannya sekali lagi[10] sejurus sebelum Pertemuran Thermopylae dia meninggalkan Athen dan Sparta. Sokongan terbentuk dibelakang kedua negara utama ini. Satu perhimpunan kongres di Corinth pada akhir musim luruh pada 481 BC,[11] dan pembentukan persekutuan dan perikatan persekutuan (confederate alliance) bagi negara bandar Yunani. Ia mempunyai kuasa bagi menghantar perwakilan (envoys) meminta bantuan dan menghantar tentera dari negara ahli ketitik pertahanan selepas perbincangan bersama. Herodotus tidak membentuk sebarang nama abstrak bagi polity, seperti "kongres" atau "perikatan", tetapi sekadar memanggil mereka "ןἱ Ἕככחםוע" (Yunani) dan "Yunani yang bersumpah perikatan" (terjemahan Godley) atau "Yunani yang menggabung diri mereka sendiri" (terjemahan Rawlinson).[12] Sparta dan Athens memainkan peranan utama dalam kongres[13] tetapi kepentingan kesemua negara memainkan peranan dalam menentukan strategi pertahanan. Hanya sedikit yang diketahui mengenai fungsi dalaman kongres atau perbincangan semasa persidangannya. Hanya 70 dari sekitar 700 negara Yunani menghantar perwakilan.

Tentera Persia pertama kali berhadapan dengan pasukan gabungan 10,000 Athen dan Spartan hoplite diketuai oleh Euanetus dan Themistocles di lembah Tempe. Apabila mendengar berita ini, Xerxes menghantar tenteranya melalui selat Sarantaporo, yang mana tidak dikawal, dan mengelakkan mereka. Hoplites tersebut, diberi amaran oleh Alexander I dari Macedon, mengosongkan laluan tersebut.[14] Perikatan Yunani menimbang strategi titik penyumbat berikut di mana pasukan Parsi boleh dihentikan adalah di Thermopylae.[15] Mereka memutuskan bagi mempertahankannya dan menghantar armada ke Artemision, titik sumbat laut, kerana tentera Xerxes dibekalkan dan disokong melalui laut. Menggunakan armada laut, bala tentera Xerxes mungkin menyeberangi teluk Maliacos dan memintas tentera Yunani sekali lagi; dalam kata George Grote: "... penjajahan bahagian utara selat Euboean adalah penting bagi menghalang armada Parsi dari mendaratkan tentera dibelakang pasukan bertahan di Thermopylae."[16]

Strategi umum Yunani disahkan melalui ucapan berikutnya pada abad yang sama:[17]

Tetapi sementara Yunani menunjukkan kecenderungan ini [untuk menyertai Parsi], pihak Athen, sebaliknya, menaiki kapal mereka dan tergesa-gesa mempertahankan Artemisium; sementara Spartan dan sesetengah penyokong mereka bergerak bagi mempertahankan Thermopylae, menilai keadaan muka bumi yang sempit mampu membolehkan mereka menguasai laluan.

Herodotus menulis:[18]

Tentera termasuk Leonidas dihantar kehadapan oleh Spartan mendahului pasukan utama mereka, agar kehadiran mereka mungkin menggalakkan pasukan perikatan untuk berjuang, dan menghalang mereka dari menyertai Medes, sebagaimana yang mungkin dilakukan mereka sekiranya mereka melihat Sparta kekal di baris belakang. Mereka akhirnya turut serta, selepas selesai merayakan Perayaan Carneia, yang melambatkan mereka di situ, setelah meninggalkan satu garison di Sparta, mereka dengan tergesa-gesa menyertai tentera hadapan dengan kekuatan penuh. Anggota perikatan yang lain bermaksud melakukan perkara yang sama; kerana ia berlaku semasa Perayaan Olympik jatuh pada tempoh yang sama. Tidak siapa antara mereka menduga bahawa pertarungan di Thermopylae berakhir dengan sebegitu pantas; dengan itu mereka berpuas hati hanya sekadar menghantar pengawal hadapan sahaja. Begitulah niat pasukan berikat tersebut.

Semasa perayaan Carneia, aktiviti ketenteraan dilarang oleh undang-undang Spartan. Pada Pertempuran Marathon, pasukan Spartan tiba terlalu lambat disebabkan peraturan ini. Pada kali ini, ephor memutuskan kepentingan cukup besar bagi membenarkan ekspedisi hadapan awal di bawah salah seorang rajanya (Leonidas), yang boleh digunakan bagi menentukan secara kasar masa dalam tahun. Perayaan Carneia berlaku pada akhir musim panas (Julai, Ogos atau September) dari 7th hingga 15th berakhir dengan bulan penuh.[19]

Lagenda Thermopylae sebagaimana diceritakan oleh Herodotus mengatakan bahawa Sparta merujuk Oracle di Delphi sebelum keluar bertemu tentera Parsi. Oracle di Delphi dikatakan membuat ramalan berikut dalam rangkap hexameter:[20]

Oh lelaki yang tinggal di jalan yang lebar Lacedaemon!
Samaada bandar hebat anda dijarah oleh anak-anak Parsi
Atau, sebagai tukaran, seluruh negara Laconian perlu,
Menangisi kehilangan Raja, keturunan Herkules agung.
O ye men who dwell in the streets of broad Lacedaemon!
Either your glorious town shall be sacked by the children of Persia,
Or, in exchange, must all through the whole Laconian country
Mourn for the loss of a king, descendant of great Heracles.


Ketua pemimpin keseluruhan pasukan Yunani merupakan Leonidas, yang dihormati ramai.[21] Herodotus menulis bahawa dia merasa pasti akan pergi menemui ajalnya, kerana pasukannya tidak cukup untuk menang, dan dengan itu hanya memilih lelaki dengan anak yang masih hidup untuk menyertainya.[22] Plutarch menyebut dalam Pembunuhan Wanita Sparta - Sayings of Spartan Women bahawa, selepas menyokongnya, isteri Leonidas Gorgo bertanyakan apa yang perlu dilakukannya selepas dia pergi. Dia menjawap, "Kawin dengan lelaki yang baik, dan dapatkan anak yang baik."[23]

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran Thermopylae http://www.greektexts.com/library/Herodotus/Polymn... http://www.iranchamber.com/history/articles/persia... http://humanitieslab.stanford.edu/contemporaryarch... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin///ptext?doc=P... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin///ptext?doc=P... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin//ptext?doc=Pe... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin//ptext?doc=Pe... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per...